Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pelaburan dari Jepun bakal dipasak di Kuala Langat

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Negeri Selangor bakal menerima pelaburan baru bernilai RM1.2 bilion daripada pelabur Jepun di Kuala Langat dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu bakal diumumkan kelak selepas sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) selesai.

“Sebelum ini kita menerima pelaburan daripada IKEA di Pulau Indah dengan nilai pelaburan RM1.2 bilion. Kita juga menerima pelaburan daripada Toyota.

“Ada satu lagi syarikat dari Jepun akan melabur di Kuala Langat RM1.2 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Blok B, PPR Danau Kota.

Beliau berkata, dengan suasana selamat, baik dan pimpinan berintegriti memberikan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Negeri Selangor.

Selain itu, kedudukan rizab kewangan yang kukuh membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan sejak 2008.

Ini termasuk pengenalan program terbaru Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2018.

Menerusi KISS, golongan ibu yang berpendapatan keluarga bernilai RM2,000 ke bawah layak untuk menerima bantuan barangan asas bernilai RM2,400 setahun.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-11-12 19:43:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page