A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hari Tanpa Kenderaan MPAJ meriah

image

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Seramai hampir 1,000 peserta menyertai Hari tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Program julung kali dijalankan MPAJ itu bermula jam 6.30 hingga 10 pagi dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, berjogging, beriadah, tarian zumba, memanah, mewarna dan sebagainya.

Setiausaha MPAJ, Hasrolnizam Shaari, berkata program itu membuka ruang kepada warga Ampang Jaya melakukan aktivti riadah di Jalan Pandan Utama sejauh dua kilometer yang ditutup bagi tujuan berkenaan.
 

 

 

“Ia program pertama dan kita akan teruskannya pada setiap Ahad minggu kedua setiap bulan dan kita akan melihat keperluan termasuk mendapatkan maklum balas daripada penduduk Ampang Jaya apa yang mereka mahukan daripada program ini.

“Untuk permulaan, kita tumpukan dulu di Jalan Pandan Utama tetapi pada masa akan datang mungkin kita akan mengadakan di kawasan lain sebagai tapak baru atau secara bergilir,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi menjalankan aktiviti itu, orang ramai yang memerlukan kemudahan boleh menyewa basikal, beca dan papan luncur disediakan di sini.

Katanya, MPAJ merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kerjasama baik terutama pihak polis bagi menjayakan program itu.

“Seramai hampir 1,000 orang menyertainya kali ini dan mungkin akan datang selepas mendapat maklumat lebih meluas tapak ini mampu menarik penyertaan kira-kira 5,000 ke 10,000 orang,” katanya.

sumber : selangorkini


Kemaskini pada 2018-01-15 09:18:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page