Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rombongan Johor lihat best practises Smart Selangor Command Centre

berita

SHAH ALAM, 22 FEB: Rombongan Angkatan Pertahanan Awam Johor dan SUK Johor ke Smart Selangor Command Centre (SSCC) memberi peluang pihak terbabit melihat sendiri ‘best practises’ di dalam pengurusan bencana yang diamalkan Selangor.

Rombongan itu disambut Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pengurusan Bencana (UPB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof.

Ahmad Fairuz menyifatkan lawatan itu penting bagi membincangkan sebarang kolaborasi atau kerjasama yang boleh dijalin untuk menyelaraskan pentadbiran berkenaan pengurusan bencana.

“Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenali dengan lebih lanjut operasi dan mempelajari kaedah pengurusan bencana, di pusat itu.

berita

“SSCC digunakan khususnya SSDU untuk memantau dan mengumpul data Bas Smart Selangor, pengurusan sisa pejal, laporan lubang jalan, WiFi Smart Selangor dan beberapa inisiatif lain,” katanya.

Selain memberi penerangan berhubung Smart Disaster Management iaitu salah satu daripada 12 domain Smart Selangor, Ahmad Fairuz juga sempat memberi penerangan berhubung inisiatif Smart Selangor yang bakal dilaksanakan pada tahun ini antaranya e-wallet dan smart parking.

SSCC yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu digunakan UPB untuk memantau data seperti aras sungai, radar cuaca seperti banjir, banjir kilat, kebakaran berskala besar dan indeks kualiti udara, di seluruh Selangor.

“Melalui pemantauan data ini, UPB dapat memberi amaran banjir sebelum sungai melimpah serta membuat pelan tindakan monsun timur laut.

“Sebahagian operasi UPB juga membabitkan penggunaan drone yang digunakan untuk memudahkan operasi pemantauan Unit Pengurusan Bencana di SSCC melalui ‘live feed’ rakaman yang diambil contohnya dalam usaha pencarian dan penyelamatan mangsa lemas, di Paya Jaras, baru-baru ini,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-02-26 10:43:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page