Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Penglibatan usahawan Selangor ke MIHAS 2018 bertambah

berita

KUALA LUMPUR, 5 APR: Penglibatan usahawan Selangor menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2018 (MIHAS 2018) bertambah kepada skala yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, penyertaan berbeza apabila tahun ini terdapatnya gabungan bersama Invest Selangor Berhad dan Pavillion Selangor.

“Dengan gabungan ini, kita menerima penyertaan ‘high standard’ seperti Northport yang menawarkan perkhidmatan eksport dan import barangan ke China.

“Ia merupakan perkhidmatan sangat baik serta mampu melengkapkan peluang kepada usahawan di negeri ini supaya dapat menembusi pasaran halal bukan hanya di Malaysia tetapi di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke gerai pameran Made In Selangor bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, beliau terharu apabila produk Selangor turut menjadi tarikan daripada warga Jepun dan ia berkemungkinan sebagai persediaan mereka untuk memilih produk Malaysia sempena kedatangan sukan Olimpik akan datang.

“Oleh itu, saya berharap supaya usahawan terlibat ini mengambil peluang dan ruang supaya boleh meneroka dengan lebih meluas perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa,” katanya.

MIHAS dikenali sebagai pameran perdagangan halal terbesar dunia kini memasuki edisi ke-15 berlangsung sejak semalam hingga 7 April ini.

Pertama kali diadakan pada 2004, MIHAS berkembang menjadi acara perdagangan khusus tahunan yang amat dinanti-nantikan dalam industri halal seluruh dunia selain telah melonjakkan Malaysia sebagai hab global bagi ekonomi Islam.

Menarik penyertaan lebih 1,000 peserta pameran dari lebih 40 negara pada tahun ini, MIHAS mendapat perhatian dunia, menjadikannya landasan untuk perdagangan halal global.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:31:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page