Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kebakaran hutan paya gambut Selangor berkurangan

berita

KUALA SELANGOR, 13 JUL: Kejadian kebakaran hutan paya gambut semakin berkurangan sejak 2018, kata Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Dato’ Dr Puat Dahalan.

Katanya, sehingga kini kes kebakaran di hutan berkenaan dilihat sebagai kes terpencil berikutan jumlahnya turun ke paras minima.

“Sejak tiga tahun lalu, kebakaran hutan paya gambut berlaku seluas kira-kira 200 hektar setahun, namun tahun lalu ia turun mendadak dan hanya berlaku seluas 100 hektar.

“Lebih membanggakan apabila pada tahun ini tiada lagi laporan kebakaran hutan paya gambut dilaporkan berlaku, ini adalah satu kejayaan bagi Selangor hasil kerjasama semua pihak yang membolehkan penurunan kes kebakaran,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Pusat Kelestarian Gambut Global Enviroment Centre (GEC) – Komuniti dan Majlis Jamuan Aidilfitri GEC di Kampung Raja Musa, Kuala Selangor, pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah GEC, Faizal Parish dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor serta penduduk setempat.

Sementara itu Faizal berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai berjaga-jaga berikutan negara memasuki musim kemarau tidak lama lagi.

Katanya, keadaan itu akan berlanjutan selama dua bulan sebelum berlaku musim tengkujuh pada penghujung tahun.

“Bagi petani atau peladang di kawasan tanah gambut, berhati-hati sekiranya membuat kerja pembersihan hutan, sebaiknya jangan lakukan pembakaran secara terbuka kerana ia menyumbang kejadian lebih buruk.

“Kami turut berharap supaya agensi berkaitan membuat pemantauan dengan lebih kerap sepanjang musim panas tidak lama lagi,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-17 14:44:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page