Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Satu lagi PAWE ditubuh berdaya warga emas

berita

SEPANG, 29 OGOS: Satu lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ditubuh, di daerah Sepang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada warga emas untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti tanpa mengira faktor usia.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penubuhan pusat itu sudah diluluskan dan akan mula beroperasi, pada Oktober ini.

“PAWE juga bertujuan menjadikan warga emas sentiasa aktif membabitkan diri mereka dengan pelbagai aktiviti kerana jika hanya duduk sahaja, kemungkinan tahap kesihatan akan merosot.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga emas di daerah Sepang untuk aktif dan berdaftar sebagai ahli PAWE supaya dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian PAWE Pelangi Impian Sepang, di Dewan Orang Ramai, Kampung Ulu Chuchoh, Sungai Pelek, di sini, semalam.

Katanya, program yang dilaksanakan di PAWE bertepatan dengan matlamat Dasar Warga Emas, iaitu mendaya upayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap serta berkesan untuk membantu mereka hidup sejahtera.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, Kerajaan Negeri turut berhasrat memperluaskan PAWE pada setiap komuniti dalam Selangor supaya semua warga emas sentiasa aktif.

“Sudah lapan PAWE diwujudkan di setiap daerah, di negeri ini dan kita sememangnya berhasrat meluaskan lagi pusat aktiviti ini, terutama di kawasan bandar.

“Bagaimanapun, kita kini sedang dalam proses bertemu dengan warga emas untuk mendengar sendiri apa yang mereka mahu kerajaan bantu supaya golongan itu tidak terasing,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-08-29 11:23:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page