Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Selangor diramal ribut petir hingga Rabu depan

 

SHAH ALAM, 4 OKT: Cuaca ribut petir diramalkan berlaku di Selangor sehingga Rabu depan, lapor laman web rasmi Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui laporan berkenaan, dijangkakan hujan berlaku di kawasan pantai pada waktu pagi sementara kejadian ribut petir diramalkan berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Sabak Bernam, Kuala Selagor dan Sepang.

Sementara itu di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling dijangka cerah pada hari esok (Jumaat), namun cuaca diaramalkan kembali ribut petir sehingga 10 Ogos.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web METMalaysia iaitu www.met.gov.my.

Untuk lebih mudah, orang ramai boleh menggunakan aplikasi myCuaca, media sosial METMalaysia, malaysiamet dan twitter @malaysianmet serta MMD Hotline di talian 1-300-22-1638.


Kemaskini pada 2018-10-05 08:28:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page