Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Dasar Tender Terbuka Buktikan Kontraktor Bumiputera Mampu Bersaing

kontraktor 01

 

SUBANG JAYA, 10 JAN: Dasar tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri membuktikan bahawa syarikat kontraktor Melayu/bumiputera di Selangor tidak terpinggir dan mampu berdaya saing untuk memenangi sesebuah projek kerajaan.

 

Amalan tender terbuka bagi projek-projek Kerajaan Negeri yang dipratikkan sejak 2008 itu juga berjaya melahirkan kontraktor bumiputera yang kompetitif dan berkualiti.

 

Ini dibuktikan apabila syarikat kontraktor milik penuh bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan tender projek pembinaan jejantas pejalan kaki di Jalan Persiaran Kewajipan yang menelan kos RM1.35 juta.

 

Aminsa Bina memulakan pembinaan jejantas itu pada 27 Disember 2011 dan berjaya disiapkan dengan mengikut jadual, 24 Disember 2012 dengan menggunakan peruntukan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor di bawah program meningkatkan keselamatan jalan-jalan negeri.

 

Selain itu, syarikat bumiputra yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek itu juga membuktikan kemampuannya menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa menyerahkan kepada sub-kontraktor lain sekaligus dapat mengurangkan kos pembinaan.

 

“Tender terbuka membuktikan bahawa amalan yang dipratikkan ini betul kerana kita mendapat harga rendah, tetapi berkualiti dan tidak betul dakwaan bahawa kontraktor bumiputera sukar mendapat projek kerajaan menerusi menerusi tender terbuka,” katanya.

 

“Ini menepati konsep ‘value for money’ yang diterapkan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri,” ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

 

Abdul Khalid turut mengumumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan sebanyak RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan projek di sepanjang 2012.

 

Beliau juga berkata, tender terbuka juga dapat memastikan kontraktor yang terpilih berkelayakan dan berkemampuan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang ditetapkan berbanding amalan pemberian kontrak secara runding terus yang dipratikkan kerajaan negeri BN sebelum ini yang terdedah kepada penyelewengan.

 

Kejayaan Aminsa Bina memenangi tender terbuka bagi projek kerajaan ini bukanlah yang pertama seumpamanya.

 

Sepanjang lebih empat tahun mentadbir Selangor, syarikat bumiputera lain juga didapati kerap memenangi bidaan tender projek Kerajaan Negeri, meskipun bersaing secara terbuka dengan syarikat bukan bumi.

 

kontraktor 02


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page