Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB : Kebajikan Guru KAFA Terus Dibela

SHAH ALAM 29 JAN: Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mengangkat martabat dan mengatasi masalah guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub ilmuan dan pendidikan.

 

MB guru Kafa SAR 02

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah seperti prasarana sekolah yang kurang memuaskan, gaji, ketetapan jawatan, pencen dan elaun guru Kafa dan SAR akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata masalah yang dihadapi SAR adalah kerana pada zaman pentadbiran Umno-BN, SAR dibina tanpa perancangan yang rapi.

 

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri memerlukan masa untuk memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah prasarana yang kurang memuaskan, kata Abdul Khalid.

“Bagi membendung perkara ini, saya telah mengarahkan setiap pembangunan perumahan supaya menyediakan plan tapak bagi sekolah, surau dan masjid supaya perkara ini diambil perhatian daripada awal,” katanya.

MB guru Kafa SAR 03Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapannya dalam program Perhimpunan Guru-Guru Besar Sekolah Agama Selangor di Kompleks Belia Selangor di sini hari ini.

 

Turut hadir Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali,

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Husin, dan hampir 4,000 guru Kafa dari seluruh Selangor.

Abdul Khalid juga berkata, beberapa inisiatif awal diambil Kerajaan Negeri seperti menaikkan elaun guru KAFA daripada
RM 700 kepada RM 1,000 sebulan yang telah memberi manfaat kepada hampir 6,000 orang guru Kafa di seluruh Selangor.

 

Dalam satu sesi soal jawab bersama guru Kafa, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sedang berbincang bersama Jais supaya semua guru Kafa yang berjawatan sementara akan diserap ke jawatan tetap.

“Kerajaan akan terus melakukan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan beberapa pihak lain seperti kesatuan guru agama supaya tiada satu pun guru Kafa yang berjawatan sementara di masa akan datang,” katanya.

 

Bagaimanapun, kemudahan selepas bersara seperti wang pencen tidak dapat disediakan kerana guru Kafa bukan merupakan kakitangan awam.

“Kita menggalakkan Guru Kafa supaya mencari alternatif lain seperti mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menghadapi masalah di kemudian hari,” katanya.

Ketika menjawab soalan mengenai tambahan kenaikan gaji guru Kafa, Abdul Khalid menjelaskan, Kerajaan Negeri menitikberatkan hasil pendapatan setiap isi rumah dan bukannya individu untuk digunakan sebagai penilaian paras kemiskinan.

 

Katanya, Kerajaan Negeri menetapkan garis kemiskinan pada kurang RM 3,500 sebulan setiap isi rumah.

“Untuk itu, kita akan sediakan kursus kemahiran tertentu supaya mereka dapat menambah kemahiran dan dapat meningkatkan lagi taraf hidup yang lebih baik,” katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page