Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bantuan Blueprint Selangor Bantu Peniaga Kembangkan Perniagaan

KUALA KUBU BHARU 7 FEB : Peniaga kuih muih dari Hulu Bernam, Nor Anita Baharuddin, 44, menganggap bantuan Kerajaan Negeri yang diterima memberi galakan bagi dirinya untuk terus berusaha gigih memajukan perniagaan dijalankan sejak dua tahun lalu.

 

“Bantuan perniagaan yang saya terima ini akan membolehkan saya membuat kuih muih dengan lebih banyak kerana oven diberikan lebih besar dari yang saya gunakan sekarang.

“Dengan cara itu saya dapat mengembangkan lagi perniagaan saya ke kawasan lain dan memenuhi tempahan lebih banyak,” kata peniaga Medan Selera Tanjung Malim itu selepas Majlis Pemberian Bantuan Blueprint dan Kesihatan Selangor di sini hari ini.

 

Nor Anita adalah salah seorang dari 46 peniaga dari daerah Hulu Selangor yang menerima bantuan perniagaan tersebut dari Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

 

Bantuan perniagaan Blueprint adalah bantuan perniagaan dalam bentuk barangan disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan peniaga di Selangor sejak 2008 dengan peruntukan tahunan RM1 juta bagi memajukan perniagaan dijalankan mereka.

anugerah2

 

Saidina Hamzah Siakin, 49, yang menjalankan perniagaan memotong rumput sejak tiga tahun lalu menyambut baik pemberian mesin rumput diterimanya kerana selama ini dia tiada berkemampuan untuk memiliki mesin tersebut.

“Selama ini saya mengambil upah memotong rumput dengan cara menyewa mesin pemotong ini mengikut kadar harian RM30.

“Mesin rumput yang baik harganya antara RM1,000 ke RM1,500, ia agak mahal bagi saya. Apabila dapat bantuan dari Kerajaan Negeri, saya bersyukur sangat kerana sudah ada mesin sendiri dan tak perlu menyewa lagi,” kata Saidina yang berasal dari Batang Kali.

 

Dr Xavieer dalam ucapannya menjelaskan Kerajaan Negeri memberikan bantuan Blueprint kepada peniaga yang menjalankan perniagaan serta membuktikan kemampuan dalam bidang itu.

Katanya, ia berbeza dengan bantuan mikrokredit kerana bantuan Blueprint tidak pelu dibayar semula oleh penerima.

“Kerajaan Negeri bagi bantuan ini kepada peniaga supaya dapat meningkatkan pendapatan dengan barangan yang diminta peniaga.

“Kita menggalakkan diwujudkan pusat komuniti supaya peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka di situ. Apa yang saya lihat kebanyakan peniaga adalah wanita dan perniagaan diusahakan bidang jahitan. Dengan cara ini, mesin jahitan boleh ditempatkan di pusat komuniti ini,” katanya.

 

Dr Xavier berkata, beberapa kawasan lain sudah menyediakan kemudahan pusat komuniti itu seperti Tanjung Karang, Jenjarom, Sri Andalas dan Klang.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page