Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Selangor Komited Martabat Al-Quran Melalui Pemerkasaan Pendidikan

SHAH ALAM, 20 FEB : Kerajaan Negeri komited memartabatkan ajaran Al-Quran di negeri ini melalui pemerkasaan pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain menaikkan elaun guru KAFA, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SRA).

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 02

 

Ujar beliau, dengan bantuan tersebut diharap dapat memberikan motivasi kepada para guru dan pelajar yang terlibat dalam pendidikan Al-Quran.

“Diharap juga agar anak-anak di Sekolah KAFA, SRA, dan SRAI di negeri ini mendapat panduan yang betul daripada guru-guru dalam hal mempelajari Al-Quran.

“Dan seterusnya mampu menamatkan pengajian Al-Quran sebanyak 30 juzuk pada usia 10 tahun,” kata Abdul Khalid.

 

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran Dan Tilawah Al-Quran serta Festival Ilmu dan Al-Quran (FIQS) Selangor 2013 yang diadakan di pekarangan letak kereta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Islam (JAIS), Datuk Marzuki Hussin berkata, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai generasi menghafaz Al-Quran program Isbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor telah dilaksanakan.

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 03

 

Ujarnya, daripada statistik pada 2011 seramai 128 peserta memohon bagi mengikuti temuduga program ini.

Ia meningkat pada 2012 kepada 167 peserta.

 

Manakala bagi jumlah peserta yang layak menerima elaun adalah 167 peserta bagi 2012 berbanding 122 berbanding 2011.

Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran itu berlangsung pada 19 – 22 Februari yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.

 

Majlis Penutup akan berlangsung pada 22 Februari (Jumaat) di sebelah malam yang akan ditutup secara rasmi oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page