Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PKNS Akan Baiki Segera Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2

SHAH ALAM, 1 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyatakan persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh akan dibaiki dengan kadar segera.

 

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar kerja-kerja pembersihan dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan, manakala kerja baik pulih dijangka dalam masa lapan bulan.

“PKNS telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PKNS.

 

Dalam kenyataan media itu turut menyatakan PKNS dan Plus Bhd (Plus) berjaya mencapai persetujuan untuk melantik perunding bebas bagi mengenalpasti kerosakan yang telah berlaku di persimpangan bertingkat tersebut dengan kos ditanggung bersama.

 

Sebelum itu, persimpangan bertingkat berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh kira-kira jam 12.30 hari semalam.

Semasa kejadian berlaku, kerja- kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di bawah lokasi jambatan berkenaan.

 

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jambatan persimpangan bertingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula beroperasi pada November 2009 dan diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac 2012.

 

Sebelum kejadian, jambatan tersebut telah ditutup kepada semua lalulintas mulai 7 Disember 2012 lalu dan dijangka dibuka semula pada 31 Disember 2013 nanti bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page