Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MiMBAR Bantu OKU Majukan Pusat Tuisyen

SHAH ALAM, 10 MAC: Kelainan upaya yang dimiliki Azila Alias, 39, tidak penghalang dirinya mengembangkan perniagaan kelas tuisyen yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu.

 

Berbekalkan semangat cekal, penerima Anugerah Peserta Cemerlang Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) kini mampu duduk sebaris dengan peserta lain selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha meluaskan perniagaan yang diceburi.

 

Menurut Azila, beliau menyertai program MiMBAR untuk memperluaskan kelas tuisyen sedia ada memandangkan beliau menghadapi kesukaran mencari rumah kedai aras bawah bagi memudahkan pergerakannya.

“Saya tidak boleh memohon pusat tuisyen sebab masalah mencari lot kedai aras bawah sesuai dengan keadaan saya.

“Setakat ini boleh buka kelas tuisyen. Saya sewa satu rumah yang mempunyai lima buah bilik.

“Tiga daripadanya saya jadikan kelas,” katanya ketika ditemuramah Tv Selangor.

Azila kini bergantung kepada kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya selepas kaki kiri beliau terpaksa dipotong ekoran masalah saraf sejak kecil pada tahun 2009.

MiMBAR bantu OKU 02

 

Pemilik ‘Kelas Tuisyen Along’ ini mempunyai 112 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bertempat di Johan Setia, Kelas Tuisyen Along beroperasi setiap hari bermula pada jam 2.30 petang pada hari biasa sementara hujung minggu bermula pada sesi pagi.

 

Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) merupakan program bantuan yang tidak termasuk di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Namun, sebagai cara untuk membahagi hasil limpahan kemajuan negeri, program ini diperkenalkan untuk dinikmati rakyat dan diletakkan sebagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

 

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menyatakan, sebanyak 16 daripada 23 janji manifesto PRU-12 dilaksanakan sejak tahun 2008.

Lebih 4 juta orang daripada 5.4 juta penduduk Selangor menerima manfaat dalam pelbagai program

MES dengan pembiayaan lebih RM821 juta.

“Penerima faedah paling banyak adalah dalam program pemberian air percuma sehingga 20 meter padu iaitu kira-kira 1.3 juta rumah bermeter persendirian, atau bersamaan 3.3 juta orang (jika purata isi rumah seramai tiga orang).

“Ia bersamaan dengan biaya lebih RM623 juta atau kira-kira RM9.9 juta setahun,” katanya dalam ucaptama Majlis Mesra Bersama Penerima Program MES di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

 

Abdul Khalid turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih diatas kesungguhan pimpinan negeri yang lain selain sokongan rakyat sehinggakan program MES berjaya mengubah kualiti hidup rakyat Selangor.

Meskipun masih baru mentadbir, pelbagai program rakyat yang diperkenalkan sejak lima tahun lalu sedang rancak ‘ditiru’ Kerajaan Persekutuan


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page