Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

94 Buah Sekolah Cina Terima Bantuan Pendidikan Daripada Kerajaan Negeri

KLANG, 15 APRIL : Sebanyak 94 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM 2.41 juta.

 

Ia merupakan bantuan kewangan fasa pertama bagi tahun 2013 daripada dasar kerajaan PR Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM 6 juta kepada SJKC di Selangor setiap tahun bermula dari 2009.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, Klang di sini hari ini.

 

Rata-rata pengetua dan guru besar yang menerima sumbangan itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) sejak lima tahun ini.

MB Sumbangan SJKC April 15 02

 

Wakil guru SJKC Sungai Morib, Lian Chai Kok berkata, beliau mewakili seluruh guru-guru di sekolahnya dalam melahirkan rasa gembira dengan bantuan tersebut.

“Terima kasih Kerajaan Negeri, bantuan ini saya akan gunakan untuk membeli beberapa kelengkapan di sekolah,” katanya ketika ditemui.

 

Guru besar SJKC Han Ming, Chui Hui Lek menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana tidak mengabaikan pendidikan sekolah cina.

“Bagus pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid, sejak lima tahun lalu, banyak perubahan yang berjaya beliau lakukan, termasuk menyediakan bantuan untuk sekolah-sekolah cina,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa PR Selangor tidak akan meminggirkan sekolah rendah Cina, sekolah rendah Tamil dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) jika diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.

 

Sepanjang lima tahun lalu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 105 juta untuk diagihkan kepada semua sekolah jenis kebangsaan dan RM 30 juta daripadanya diperuntukkan kepada SJKC di Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page