Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Dr Yunus Jumpa KBS Bincang Pembangunan Sukan Dan Belia Selangor

Group Olahragawan dan olahragawati 2012

SHAH ALAM 6 JUN : Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggal yang lalu beliau tidak menafikan pihaknya menghadapi situasi seperti dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat berkaitan sukan dan belia di Selangor.

Beliau mengharapkan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Beliau dan Sukan yang baru dengan sikap terbukanya yang cuba ditonjolkan untuk mendekaptkan diri dengan belia akan memudahkan urusan ini.

"Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan," kata beliau.

Jelas beliau, pertemuan rasmi itu dijangkakan akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak KBS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penyampaian Anugerah Sukan Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Grand Ballroom Hotel Concorde di sini.

Kata beliau lagi, Kerajaan Pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.

"Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita," kata Dr Yunus.

Ujar beliau lagi, untuk penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat ini penumpuan konsep ‘Sukan Untuk Semua' akan diteruskan bagi memajukan sukan negeri.

"Kita memberikan penumpuan kepada sukan berprestasi tinggi yang mana kecemerlangan negeri Selangor yang melahirkan atlet berjaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

"Kerajaan Negeri bersedia memberikan peruntukan untuk pembangunan sukan dan penambahbaikan kemudahan sukan di negeri ini," kata beliau.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page