Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

500 Padang di Kawasan Kediaman Bakal Dinaiktaraf PBT

SHAH ALAM, 14 JUN : Sebanyak 500 padang di kawasan perumahan akan dibina dan peralatannya diganti dalam tempoh lima tahun oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, usaha itu akan dibuat secara berperingkat di mana dua buah padang di setiap 56 kawasan DUN akan dinaiktaraf dalam tempoh setahun.

Menurutnya, pemilihan padang akan dilakukan oleh Adun kawasan masing-masing dan ia akan diselaraskan oleh pihak PBT.

"Kesemua padang ini akan dilengkapi dengan lima komponen antaranya pondok wakaf, peralatan mainan kanak-kanak, empat set peralatan gymnasium, empat buah bangku batu dan lampu solar.

"Perkara ini terkandung di bawah rangka Kerajaan Negeri bagi menumpukan perhatian terhadap membina imej positif PBT di seluruh negeri.

"Kita akan laksanakan perkara ini dengan segera dan ia bakal menjadi cabaran buat pihak Majlis untuk melaksanakannya," katanya dalam sidang media selepas pertemuan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pagi tadi.

Katanya usaha tersebut sebahagian daripada Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page