Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kempen Imarah Masjid Selangor Curi Perhatian Negeri Lain

SHAH ALAM 10 JULAI : Kejayaan kempen mengimarahkan masjid yang telah berlangsung lima tahun di Selangor kini menjadi model kepada negeri lain, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini dilihat daripada peningkatan peserta kepada program-program kuliah dan tarbiyyah agama, selain permintaan yang terus meningkat pada bulan Ramadan terhadap bubur lambuk dan buah kurma.

Menurut Abdul Khalid, ramai pemimpin dari negeri lain bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya untuk mengimarahkan program-program masjid.

"Tetapi saya cuma jawab ‘Alhamdulillah'. Saya rasa kita patut mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengimarahan Masjid yang bertungkus lumus mengimarahkan masjid," katanya dalam ucapannya di Majlis Perasmian Pengagihan Bubur Lambuk dan buah Kurma di Masjid Negeri.

Katanya, kempen tersebut berjaya menerapkan nilai bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,250 bubur lambuk dan kurma disumbangkan hari ini hasil sumbangan peribadi dari Menteri Besar yang berjumlah RM 5,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri, Datuk Seri Indah diRaja, Datuk Abu Bakar Hamid berkata bagi tahun ini, Masjid Negeri menyediakan 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari.

"Tahun ini, permintaan bubur lambuk dan kurma meningkat. Setiap hari kita akan mengagihkan 1,200 bubur lambuk dan 1,200 buah kurma.

"Tahun lepas, setiap hari hanya 1,000 sahaja. Ada peningkatan sebanyak 200 disitu, "katanya.

Bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan 68 orang dari syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai.

Sebanyak RM 100,000 diperuntukkan untuk pengagihan bubur lambuk dan buah kurma selama 27 hari Ramadhan.

Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

mb edar bubur lambuk 01


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page