Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan Selangor Rasmi Masjid Bandar Baru Sungai Buloh Bernilai RM4.1 Juta

DYMM Rasmi Masjid 02

PETALING JAYA 17 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid di Bandar Baru Sungai Buloh di sini sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini.

Bangunan masjid ini dibina oleh Syarikat MK Land dengan kos RM4.1 juta dan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah di mana masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kuning kerana kubahnya berwarna kuning.

Sultan Sharafuddin juga turut berkenan menamakan masjid itu dengan nama Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.

Pada kesempatan yang sama, Baginda perkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 302 daripada kalangan Asnaf anak yatim, fakir-miskin, saudara baru dan pelajar tahfiz.

DYMM Rasmi Masjid 01

Sementara itu, Pengerusi Gapurna, Tan Sri Abdul Halim Ali dalam ucapannya berkata, syarikat itu turut memberi sumbangan daripada segi kewangan dan material untuk kerja-kerja menaiktarafkan masjid itu.

"Antara kerja naik taraf itu termasuk kerja mengecat dinding masjid, membaik pulih tempat wuduk dan tandas, menukar lampu kalimantan dan lampu limpah untuk mimbar, memasang dan menggantikan sistem pembesar suara.

"Turut dipasang adalah kipas helikopter pada ruang masjid utama dan pemasangan tangki tambahan berdasarkan daripada senarai keutamaan keperluan yang disediakan Jawatankuasa Masjid," kata beliau.

Turut mengiringi Sultan Selangor pada majlis itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page