Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kesan tumpahan minyak terkawal, operasi pembersihan giat dibuat

SHAH ALAM, 31 OGOS : Kesan tumahan minyak di Sungai Selangor minimum dan dijangka kembali pulih selepas kerja pembersihan selesai, kata Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu, berkata pemantauan ketat dijalankan berterusan bagi memastikan tiada pencemaran lain berlaku.

"Punca pencemaran dapat dikawal dan tumpahan minyak tidak lagi memasuki sungai sebaliknya terkumpul pada ‘oil boom' yang dipasang," katanya pada kenyataan media, semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini mengaktifkan tindakan kecemasan (ERP) kod merah akibat tumpahan diesel di hampir keseluruhan kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat ekoran kejadian itu.

Elizabeth berkata, oil boom diletakkan operator loji untuk mengurangkan kadar minyak mengalir ke muka sauk selepas memperoleh maklumat mengenai tumpahan minyak itu.

Katanya, tumpahan minyak diesel itu berpunca daripada sebuah pusat penyelenggaraan lori sampah di kawasan industri lokasi pada jam 10.50 pagi semalam.

Pada kenyataan media petang semalam, beliau berkata, ia berdasarkan siasatan dengan menjejaki kesan tumpahan minyak hingga ke punca dan mendapati ia berasal daripada Sungai Gong.

Siasatan dibuat bersama Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

"Maklumat tumpahan minyak diterima pada jam 8 pagi. Ekoran itu, loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang menghentikan operasi jam 8.05 pagi disebabkan oleh kehadiran minyak itu.

"Ini diikuti tiga LPA utama di Lembangan Sungai Selangor pada jam 9.20 pagi bermula dengan LPA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan seterusnya Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1).

"Premis itu diarahkan oleh JAS untuk menghentikan operasi. Arahan pembersihan juga dikeluarkan kepada premis untuk dilaksanakan," kata Elizabeth.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page