Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB saran masjid, surau gerakkan dana solidariti

MB Saran Masjid, Surau Gerakkan Dana Solidariti 1

SHAH ALAM 7 SEPT : Masjid dan surau di seluruh negeri disaran untuk menggerakkan usaha pengumpulan dana bagi membantu masyarakat Islam yang ditindas di seluruh dunia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada masa yang sama umat Islam diseru untuk terus mendoakan kesejahteraan umat Islam khususnya penindasan dan kezaliman yang berlaku di Mesir, Syria, Palestin, Rohingya dan Bangladesh.

Kata Abdul Khalid, Kerajaan Selangor menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk dana solidariti agar masyarakat Islam yang ditindas mendapat bantuan dan pembelaan.

Beliau berkata demikian semasa Seminar Dunia : ‘Kebangkitan Islam, Demokrasi dan Pembangunan Sosia Ekonomi' yang diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

"Setiap individu dan institusi di dunia perlu menentang tindakan tidak sah rampasan kuasa itu yang berpotensi menyebabkan banyak berlakunya pelanggaran hak asasi manusia," tegas Abdul Khalid.

Persidangan itu turut dihadiri Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kira-kira 800 hadirin menghadiri persidangan itu yang membariskan pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara membincangkan gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page