Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Kumpul jurutera berbakat untuk rancang pembangunan negeri

BANDAR UTAMA 16 SEPT: Kerajaan Selangor mahu mengumpulkan seramai mungkin jurutera berbakat untuk membantu usaha merancang pembangunan bandar di negeri ini.

Menyifatkan ia penting, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keperluan itu semakin mendesak khususnya di Selangor yang pesat membangun.

"Ia antara cabaran Selangor bagi merebut peluang yang dibentang dalam pelan Greater Kuala Lumpur-Bidang Ekonomi Utama Negara.

"Jurutera berbakat mampu membantu kerajaan negeri bagi membangunkan prasarana dan sistem pengangkutan efisien di bandar utama di Lembah Klang," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada Majlis Penutupan Expo Ciptaan dan Inovasi Kejuruteraan (EINIX) 2013 anjuran Institut Jurutera Malaysia di Kompleks Membeli-belah 1Utama di sini, semalam.

Beliau berharap Institut Jurutera Malaysia (IEM) mampu melahirkan lebih ramai jurutera berbakat bagi membantu kerajaan negeri merealisasi rangkaian infrastruktur dan perkhidmatan awam efisen.

"Ini cabaran kepada IEM. Mungkin IEM mampu mencari dan menampilkan lebih ramai lagi jurutera menerusi penganjuran expo ini," katanya.

IEM yang ditubuhkan pada 1959 ialah sebuah badan profesional yang berkhidmat kepada lebih 30,000 ahli di Malaysia dan luar negara.

Bertema ‘Pengkomersilan Kejuruteraan, EINIX dianjurkan sempena Minggu Kejuruteraan Institut Jurutera Malaysia 2013 bagi mempamer ciptaan kreatif dan produk inovatif dari mahasiswa dan pelajar pasca siswazah.

Tahun ini menyaksikan sejumlah 22 penyertaan dari lapan universiti tempatan dan antarabangsa menyertai EINIX.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page