Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor mahu terajui teknologi halal

SUBANG JAYA 24 SEPT : Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan mengiatkan usaha meneroka bidang teknologi perusahaan halal. Perkara ini akan dimuatkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 nanti.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri menekankan peralihan teknologi perusahaan produk halal, melahirkan kumpulan yang mahir memanfaatkan teknologi itu, serta membina sektor perkhidmatan perusahaan berteraskan teknologi tersebut.

Penubuhan Makmal Halal Saintifik Selangor juga sedang dikaji bagi membantu menangani isu-isu pensijilan halal bagi produk-produk tempatan.

Melalui strategi, beliau berharap Selangor di masa hadapan akan menjadi peneraju teknologi industri halal.

"Idea ini kita boleh lakukan kerana Selangor mempunyai kelebihan dan kemudahan yang diperlukan," tegas Abdul Khalid.

Pada 2011, pasaran produk halal dilaporkan bernilai USD632 bilion setahun pada skala global. Pendapatan per kapita yang meningkat serta reputasi barangan produk yang bersih dan selamat menguja permintaan yang tinggi dari pengguna pelbagai budaya dan agama.

"Kita boleh jual teknologi dan kita boleh jual barangan dari teknologi itu, di samping kita mahirkan kumpulan usahawan dalam teknologi diteroka. Kapasiti pasaran ini boleh digunakan lebih 5.2 juta orang di Selangor," kata Abdul Khalid.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page