Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPK pertingkat pembersihan elak banjir

KLANG 2 NOV : Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan terutama longkang besar dan kolam tadahan banjir untuk berhadapan bencana alam terutama banjir.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) mempunyai dua pasukan khas terdiri daripada lapan kakitangan yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan terlibat.

Menurutnya, kerja pembersihan itu dilakukan mengikut jadual dan Kolam Tadahan Berkeley merupakan lokasi ketiga selepas Taman Sentosa dan sebelumnya pembersihan berhampiran Sekolah Menengah La Salle,di sini.

"Kerja-kerja pembersihan mengambil masa satu hari dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan sampah sarap yang tersekat dapat dibersihkan dan melancarkan aliran air.

jpp 3

"Kawasan sekitar juga akan dibersihkan bagi memastikan sampah sekitarnya masuk ke dalam longkang atau kolam tadahan banjir berhampiran," katanya.

Norfiza berkata, kerja pembersihan seperti ini merupakan komitmen MPK terutama visi dan misi Yang Di Pertua MPK,Datuk Muhammad Yacob yang menekankan aspek asas perbandaran diberi perhatian serius.

Menurutnya,isu yang berkaitan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Tindakan Penguatkuasaan bagi mencari alternatif terbaik menyelesaikan permasalahan terutama yang berkaitan dengan masalah setempat.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page