Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor mula pembangunan sungai Klang Mac 2014

SHAH ALAM 8 NOV : Kerajaan negeri bakal membangunkan semula sungai Klang termasuk pembersihan dan penaiktarafan akan dimulakan, pada Mac 2014.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha pertama yang perlu dipandang serius adalah kerja pembersihan sungai berkenaan dan kini sudah ada beberapa perancangan yang akan dimulakan, menjelang 2014.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri harus menunggu dan meneliti terlebih dahulu pembangunan sungai Klang kerana ramai pihak tampil untuk membantu penaiktarafan itu termasuk beberapa buah syarikat dari Korea dan China.

"Saya fikir pembangunan ini kemungkinan besar berlaku, pada Mac 2014. Kini sudah ada beberapa kertas kerja, usaha pertama kita adalah untuk membersihkan sungai Klang kerana sampah yang banyak," katanya

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Penghulu, Ketua Kampung Tradisi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, syarat yang dikenakan syarikat berkenaan tidak dapat dipenuhi kerajaan negeri atas sebab tertentu.

"Terlalu ramai ingin menolong kita betulkan sungai Klang, termasuk dari luar negara. Tetapi, bukan betul mereka ingin bangunkan sungai Klang, tetapi mengimpikan tanah di sebelah kawasan terbabit, jadi saya tangguh dahulu.

"Kalau saya bagi keizinan, dikhuatiri kita tidak ada tanah. Mereka kata ingin cantikkan sungai Klang supaya jika ada yang ingin ke Kuala Lumpur daripada Pelabuhan Klang ke Masjid Jamek hanya menggunakan bot.

"Namun, saya untuk biayai pembangunan ini, tanah di sebelah sungai itu perlu diserahkan kepada mereka, nanti orang kampung marah pula pada saya," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menunggu kerja pembersihan dan penaiktarafan sungai di Kuala Lumpur selesai, sebelum memulakan usaha pembersihan sungai Klang.

"Saya tunggu Kuala Lumpur betulkan sungai di bahagian atas. Kalau kita mulakan pembersihan, kekotoran daripada bahagian itu akan sampai sini, tetapi perancangan semua sudah ada dan tahun depan sudah boleh dimulakan," katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page