Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gangguan air: MBPJ sedia 22 unit tangki statik bantu penduduk

SHAH ALAM 17 DIS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersiap sedia untuk membantu penduduk Petaling Jaya yang terjejas dengan isu gangguan air di kawasan pentadbiran Petaling Jaya.

Sekretariat Media Unit Perhubungan MBPJ, berkata pihaknya menyediakan sebanyak 22 unit tangki statik di kawasan terjejas dengan gangguan air itu.

gangguan-bekalan-airKatanya ia ekoran dari pengumuman Syabas mengenai gangguan bekalan air akibat daripada henti tugas yang dijadualkan pada 17 Disember hingga 22 Disember ini.

Sehubungan dengan itu, MBPJ juga telah membuka bilik gerakan menangani isu air dan orang ramai di Petaling Jaya boleh menghubunginya di talian hotline 03-79542020 atau e-mailkan kepada aduan@mbpj.gov.my.

"MBPJ juga menasihatkan orang ramai supaya berjimat dengan penggunaan air bagi mengatasi masalah ketiadaan air daripada berlarutan," katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page