Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Ambang 2014 peringkat Selangor meriah walau sederhana

SHAH ALAM 1 JAN: Biarpun tiada konsert yang menelan kos besar-besaran, sambutan ambang tahun baru 2014 peringkat negeri Selangor berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.
IMG_4533

Dengan kehadiran ribuan pengunjung, sambutan memasuki tahun ketiga mengekal konsep kesederhanaan dengan hiburan yang tidak melalaikan dan tema bersesuaian untuk semua peringkat usia. Ini terbukti berikutan kehadiran lebih 3,000 pengunjung yang rata-ratanya membawa keluarga masing-masing.
IMG_4333

Pelbagai aturcara menarik diatur dengan dimulai solat Isyak berjemaah di dataran itu, diikuti program ‘sembang santai’ bersama ahli Exco Selangor iaitu Iskandar Samad, Dr Yunus Khairi dan Dr Halimah Ali. Sambutan yang dikendali Generasi Idaman Selangor (GEMS) itu turut diselang-seli dengan persembahan beberapa selebriti terkenal tanah air antaranya Nora, Raja Farah, Aishah, Ammar dan Hafiz Hamidun.
IMG_4868 - Copy

Sedikit berbeza dengan sambutan di tempat lain kerana tiada percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam, sambutan masih diteruskan penceramah bebas, Ustaz Haslin ‘Bollywood’ dan Ustaz Don Danial.
IMG_5277

Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan kaunter penerangan jabatan kerajaan. Sambutan itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race.
dif.jpg

Di akhir aturcara, pengunjung serta dif jemputan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku serta zikir Asmaul Husna.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-01-09 10:37:18 daripada Administrator

  •  
  • Print