Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hannah : KDN perlu beri peluang koperasi tubuh syarikat keselamatan

SUBANG JAYA 6 JAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera meluluskan permohonan sebuah koperasi dianggotai bekas tentera yang berhasrat menubuhkan syarikat pengawal keselamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata walaupun koperasi berkenaan majoritinya dianggotai bukan melayu, namun pengalaman mereka berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh. Katanya, KDN boleh menggunakan budi bicara bagi membenarkan koperasi itu menubuhkan syarikat pengawal keselamatan dalam keadaan kejadian jenayah semakin berleluasa.

hannah yeoh pcu syabas 01


“Koperasi ini memberi jaminan untuk mengambil hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera sahaja sebagai pengawal keselamatan. Mereka juga sudah membuktikan kesetiaan, kebolehan dan kemahiran dalam menjaga keselamatan negara ketika masih berkhidmat dalam tentera, jadi mengapa pula hari ini mereka tidak dibenarkan menjaga keselamatan lagi."
“Ini bukan isu politik atau isu kaum, tetapi adalah berkenaan isu keselamatan negara yang semakin hari membimbangkan,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Yang DiPertua PAS Kelana Jaya, Ir Izham Hashim serta wakil Koperasi Pesara India Angkatan Tentera Malaysia Berhad, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wong Chen menggesa KDN mengambil langkah tepat bagi mengelakkan kejadian jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan berulang. “Contohnya, kejadian pegawai Ambank mati ditembak oleh pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu dan sehingga kini kita tidak tahu status syarikat berkenaan.
wong chen 01


“Sudah tiba masanya kita benarkan orang yang sememangnya layak untuk jaga keselamatan bukan warganegara asing yang dibayar murah,” katanya.
Pengerusi Koperasi, MK Subramaniam, berkata pihaknya mula memohon untuk menubuhkan syarikat pengawal keselamatan sejak tiga tahun lalu, namun tidak berjaya kerana tidak mencapai pemilikan saham bumiputera sebanyak 70 peratus.
“Tetapi, KDN harus melihat kami sebagai sebuah koperasi yang tidak berorientasi keuntungan semata-mata, sebaliknya komited untuk keselamatan awam.
“Kami juga dalah bekas tentera dan terlatih dalam penggunaan senjata api yang juga ciri penting menjadi anggota keselamatan,” katanya.
Koperasi Pesara India Angkatan Tentera Malaysia Berhad mula ditubuhkan pada tahun 2009 dan sehingga kini mempunyai lebih daripada 1, 000 ahli berdaftar.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-01-09 10:40:29 daripada Administrator

  •  
  • Print