Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, terdapat program OSCC di mana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.
OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.
4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.
6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.
ANJURAN
1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
2.Seksyen Sektoral, UPEN
3.Sekretariat OSCC
4.ADUN dan Pusat Khidmat DUN
5. NGO Wanita
BIDANG TUGAS SEKRETARIAT OSCC
1. Menyelaraskan 'monitoring' dan 'follow-up' semua gerak kerja Projek Kempen Kesedaran OSCC dan melaporkan secara terus dengan Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
2. Menyediakan bahan-bahan kempen (dalam fail yang dinamakan INFO KIT OSCC) yang dikeluarkan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
3. Mengadakan program TOT bagi NGO untuk Projek Kempen Kesedaran OSCC.
4. Menyediakan takwim Projek Kempen Kesedaran OSCC di semua 56 buah kawasan DUN.
5. Membuat perlantikan NGO-NGO dengan kelulusan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
6. Menyemak nama-nama penceramah yang dinamakan oleh NGO yang terlibat.
7. Melantik penceramah-penceramah yang dinamakan oleh NGO dan nama-nama lain yang difikirkan sesuai oleh Sekretariat dengan perbincangan bersama
8. Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
9. Menyediakan borang perjanjian dengan NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC.
10. Membantu mendapatkan peruntukan kewangan kepada NGO-NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC bagi setiap program melalui Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.
11. Melakukan pemantauan (Monitoring sheet) dan kompilasi maklumbalas peserta kempen.
12. Menyediakan borang laporan program, borang soal selidik keberkesanan program untuk dianalisa dan disemak oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita
KUMPULAN SASARAN
1. Pegawai DUN
2. AJK Parti DUN
3. Ahli Majlis Perbandaran
4, Ketua Kampung
5. Jawatankuasa Penduduk & Jawatankuasa Belia
6. Pegawai Polis
7. Pengerusi Rumah Ibadah (Surau, Kuil, Tokong, Gereja)
8. AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah
9. Pengusaha-pengusaha Taska dan Tadika
10. Pekerja-pekerja Kilang dan Industri
11. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej, IPTA dan IPTS
12. Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan
13. Penduduk Setempat
Terdapat enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu:
Hospital Ampang Jalan Mewah Utara Pandan Mewah, 68000 Ampang No. Telefon : 03-42896000 No. Fax : 03-42954666 |
Hospital Serdang Jalan Puchong 43000 Kajang No. Telefon : 03-89475555 No. Fax : 03-89475210 |
Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves No. Telefon : 03-61367788, 03-61203233 No. Fax : 03-61377097 |
Hospital Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh No. Telefon : 03-61454333 No. Fax : 03-61454222 |
Hospital Tengku Ampuan Rahimah 41200 Klang No. Telefon : 03-3375 7000 No. Fax : 03-3374 9557 |
Hospital Kajang Jalan Semenyih 43000 Kajang No. Telefon : 03-8736 3333 No. Fax : 03-8736 7527 |
Sumber: http://mes.selangor.gov.my
Kemaskini pada 2018-01-12 16:30:51 daripada