Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor bina lebih 2,000 unit Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku

SHAH ALAM 8 FEB: Kerajaan Selangor akan memulakan projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku untuk memberi peluang rakyat negeri ini khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Majlis Pecah Tanah bagi projek perintis ini akan diadakan pada 22 Februari dan kerja pembinaan dijangka dimulakan dalam tempoh enam bulan kemudian selepas kelulusan pembangunan serta perlantikan kontraktor selesai.
.

Katanya, Rumah Selangorku ini akan dibangunkan di sebahagian tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berkeluasan 28 hektar di Sungai Sering, Hulu Klang, memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik amat tinggi di kawasan berkenaan.
Lebih 2,000 unit rumah akan dibina menerusi projek perintis ini yang terdiri daripada tiga jenis keluasan iaitu 800 kaki persegi, 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.
“Projek Perintis Rumah Selangorku ini mengandungi lapan blok yang akan dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.
“Kos keseluruhan Projek Perintis Rumah Selangorku ini dianggarkan berjumlah RM591 juta termasuk kos membina jalan keluar masuk, menaik taraf surau menjadi masjid, membina sistem pembentungan dan naik taraf sistem perpaipan,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.
rumah mampu milik iklan 01

Beliau berkata, pembinaan Rumah Selangorku ini akan mengguna pakai kaedah Industrial Building System (Pre-Fabricated – IBS) atau pasang siap bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.
Projek ini adalah sebahagian daripada 5,000 unit rumah mampu milik berkonsepkan pasang siap yang disasarkan dibina bagi tempoh 5 tahun sehingga 2018 daripada 35,000 unit yang disasarkan keseluruhannya.
“Kerajaan Selangor memperuntukkan RM100 juta menggunakan rizab tunai negeri bagi melaksanakan projek ini seperti yang telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 .
“Peruntukkan tersebut sebagai Dana Pusingan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat Selangor,” katanya.
Abdul Khalid berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membina rumah mampu milik menerusi Program Pemilikan Ruman Idaman Negeri Selangor atau IDAMAN PKNS.
Katanya, projek perumahan mampu milik yang telah disiapkan PKNS ialah Bukit Botak di Selayang dan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi manakala beberapa projek lagi dalam pelaksanaan dan perancangan.
“Projek Perumahan Mampu Milik adalah hasil dasar jimat cermat serta perbelanjaan berhemah yang diamalkan Kerajaan Selangor dan hasil penjimatan ini diagihkan semula kepada rakyat selaras agenda Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:15:26 daripada Administrator

  •  
  • Print