Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jerebu : Selangor buka 12 kertas siasatan kes kebakaran

SHAH ALAM, 16 MAC: Walaupun keadaan jerebu di beberapa bahagian di Selangor sudah pulih lebih 12 jam lalu, namun beberapa penduduk di Klang masih risau berkenaan kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia, Jalan Kebun.
Kebakaran tanah gambut itumenyumbang kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih tinggi di Lembah Klang.
Memetik laporan BERNAMA, tinjauan yang dilakukan mendapati penduduk Bandar Puteri yang tinggal berhampiran dengan Kampung Johan Setia adalah yang paling terjejas berikutan asap tebal.
Penduduk, Lynda Leong, 26, berkata keadaan jerebu di Klang meningkat daripada tidak baik kepada teruk sejak beberapa hari lalu.
jerebu di lembah klang

“Keadaan jerebu menjejaskan rutin harian saya dan tidak dapat melakukan sebarang aktiviti luar,” katanya.
Sementara itu, R Prashaandra, 27, pula berkata beliau sukar untuk tidur pada sebelah malam dan mendakwa keadaan berjerebu menjejaskan kesihatannya.
“Mata saya gatal dan berair. Keadaan jerebu menyebabkan masalah sinus saya semakin teruk,” katanya.
Penduduk dari Jalan Tengku Kelana, R Maheswary, berkata keadaan jerebu di kawasanya pulih berikutan hujan renyai-renyai turun semalam.
elizabeth wong


Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, berkata Jabatan Alam Sekitar Selangor membuka 12 kertas siasatan dalam skala yang lebih luas sebagai langkah untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan.
Beliau berkata, keadaan di Selangor kini terkawal walaupun kebakaran berlaku di kawasan tinggi yang sukar didekati.
“Kualiti udara pulih secara mendadak sejak 12 jam lalu. Kami akan terus memantau keadaan,” katanya.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 08:52:59 daripada Administrator

  •  
  • Print