Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor rancang bina hospital di Kapar, tampung lebih ramai pesakit

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kerajaan Negeri kini dalam perancangan untuk mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membina sebuah lagi hospital di Kapar, Klang untuk menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah di Selangor.
Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata sehingga kini Selangor memiliki 11 hospital dan empat daripadanya adalah hospital pakar dengan bilangan 4,463 buah katil.
Katanya, buat masa ini bilangan kakitangan dan katil sedia ada mencukupi untuk memberi rawatan kepada seluruh rakyat Selangor, namun Kerajaan Negeri sentiasa mencari ruang bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Dr Daroyah DNS


“Kerajaan Negeri akan menambah bilangan katil daripada 4,463 katil kepada 4,822 katil di empat buah hospital pakar iaitu Hospital Selayang, Serdang, Ampang dan Sungai Buloh.
“Manakala bilangan kakitangan hospital setakat ini adalah seramai 15,780 orang, pegawai perubatan (1,830 orang) dan pakar perubatan 621 orang.
“Bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KKM akan membuat penambahan 300 buah katil lagi, manakala Hospital Shah Alam yang akan siap pada September ini yang akan memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Lembah Klang beroperasi dengan 300 buah katil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Loh Chee Heng (DAP-Telok Datok) dan Gan Pei Nei (PKR-Rawang) pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Daroyah turut memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai bekalan perubatan asas mencukupi untuk merawat sepuluh penyakit kronik yang dialami pesakit di Selangor.
hospital shah alam sketch


Penyakit berkenaan adalah sakit paru-paru (9.96 peratus kes), jangkitan kuman (9 peratus kes), kardiovaskular atau serangan jantung (7 peratus kes), usus (5 peratus kes), buah pinggang (4.7 peratus kes), ketumbuhan dan barah (4 peratus kes), kecacatan sejak lahir (3.9 peratus), diabetis (3.31 peratus kes) lemah tahap kesihatan (2.9 peratus kes) dan penyakit darah (2.8 peratus kes).
“Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan rakyat Selangor dalam menjaga kesihatan mereka dan kita sudah melancar kempen gaya hidup sihat, yang mana kita mengajak rakyat untuk menjaga kesihatan.
“Dengan sepuluh penyakit kronik tertinggi yang berlaku di Selangor, kita dengan berperingkat akan cuba mengurangkan kes penyakit kronik itu,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 10:56:36 daripada Administrator

  •  
  • Print