Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor anjur Sambutan Sukan Antarabangsa 4 Mei ini

SHAH ALAM 19 APRIL: Kerajaan Selangor akan menganjurkan Sambutan Hari Sukan Antarabangsa Peringkat Negeri 2014 pada 4 Mei ini.

Program ini akan berlangsung bertempat di kawasan letak kenderaan bersebelahan dengan Masjid Naza TTDI Seksyen 13, Shah Alam, bermula jam 7 pagi hingga 6 petang.

2014418145527



Exco Belia dan Sukan, Ahmad Yunus Hairi berkata, inisiatif ini diambil bagi meraikan Hari Sukan Antarabangsa yang disambut pada 7 April setiap tahun sebagai promosi gaya hidup sihat.

Untuk tahun ini, tema diketengahkan adalah ‘Belia Sihat Tanpa Dadah’ dengan mengambil usaha Kerajaan Selangor untuk memerangi dan menghindarkan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan remaja di Selangor.

“Tragedi mengorbankan enam orang remaja baru-baru ini di dalam satu konsert di Stadium Bukit Jalil akibat penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol secara berlebihan telah memberikan kejutan ramai pihak.

“Kerajaan Selangor memandang serius perkara ini dan menyokong sebarang usaha untuk memastikan gejala ini diselesaikan secara menyeluruh,” katanya dalam satu sidang media.

Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Selangor, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) cawangan Selangor, polis cawangan narkotik dan NGO Anti Dadah lain.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah senamrobik, walkathon, pertandingan street soccer dan pertandingan bola jaring 3 vs 3.

Selain itu, pertandingan gusti lengan, klinik memanah, pertandingan dam ular gergasi, pertandingan catur serta pameran dan bazar.


Sumber: www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-04-22 14:38:53 daripada Administrator

  •  
  • Print