Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

180 PPR Kota Damansara siap baik pulih September ini

PETALING JAYA, 9 MEI: 180 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara yang mengalami kerosakan dijangka dapat siap dibaik pulih menjelang September tahun ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata beliau akan memohon wang pendahuluan sama ada daripada Kerajaan Negeri atau Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menanggung kos baik pulih.
Katanya, pihak pengurusan PPR hanya mampu membaiki kira-kira 20 unit sebulan dengan purata kos pembaikan bagi setiap unit adalah RM3, 500, pada masa kini.
7v


“Kita mahu kerja pembaikan ini dilakukan cepat kerana terdapat 300 dalam senarai menunggu untuk menyewa di sini. Jadi, jika semua unit siap dibaiki, kita dapat tempatkan sebahagian daripada mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan di Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau melakukan tinjauan di kawasan sekitar PPR itu yang kini di bawah pengurusan anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSS).
Sebelum ini, PPR Kota Damansara yang mempunyai 1,152 buat unit diletakkan di bawah pengurusan MBPJ sebelum diserahkan kepada PHSS, sejak Mei 2013.
“Saya lihat ada banyak peningkatan yang dilakukan syarikat antaranya meletak pengawal keselamatan di setiap blok, yang mana satu blok ada dua orang termasuk waktu malam.
6v


“Syarikat juga buka pejabat khususnya pada hari Isnin hingga Jumaat, sementara Sabtu separuh hari dengan lima staf bagi memudahkan penduduk membuat aduan dan membayar sewa.
“Malah, turut disediakan pasukan teknikal khas bagi membaiki kerosakan unit di sini dan bilik stor juga lengkap dengan peralatan gantian yang biasa berlaku seperti kunci dan ‘water closet’ di tandas,” katanya.
Selain itu, syarikat turut menaik taraf tempat letak motosikal dan akan membina beberapa kemudahan lagi untuk manfaat penduduk.
4v


Sewaktu pengurusan MBPJ, kaunter pejabat hanya dibuka seminggu sekali dan penduduk terpaksa ke pejabat MBPJ bagi membuat pembayaran sewa atau membuat sebarang aduan.
Kadar sewa bagi PPR Kota Damansara hanya RM124 sebulan bagi mereka yang berpendapatan RM1, 500 ke bawah dan RM250 dikenakan kepada golongan berpendapatan lebih daripada itu.


Sumber  :  www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-05-22 11:49:29 daripada Administrator

  •  
  • Print