Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

D.Y.M.M. Sultan Azlan Shah Mangkat

SHAH ALAM, 28 MEI: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah disahkan mangkat sekitar jam 1.30 tengah hari, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian Online, Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Tuanku-Sultan-Azlan-Shah



Ketika kemangkatan baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda ynag juga Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut berada di sisi.

Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan berita kemangkatan baginda dan seluruh negeri berkabung.

Selama tempoh perkabungan, bendera Negeri Perak perlu dikibarkan separuh tiang selama 100 hari, manakala bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok (29 Mei).

Baginda yang dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah ditabal secara rasmi sebagai Sultan Perak pada 9 Disember 1985 dan pernah bergelar Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan.


Sumber:  www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-05-28 16:52:04 daripada Administrator

  •  
  • Print