Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Dialog rangka Belanjawan 2015 pada 9 Jun

SHAH ALAM 4 JUN : Kerajaan Negeri akan menganjurkan Majlis Dialog Belanjawan 2015 sebagai persediaan awal dalam usaha merangka dan menyelesaikan Belanjawan 2015 Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara topik yang akan dibincangkan membabitkan pembangunan hartanah, pengurusan sisa pepejal, memajukan pendidikan dan pendidikan Islam, pengurusan air dan zon industri khas.
MB
 

Selain itu, katanya, turut diberi perhatian ialah topik memperkasakan komuniti pangsapuri, isu wanita dan kemiskinan, sains dan teknologi bidang serta sukan dan infrastruktur.
“Para pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara manakala Exco Kerajaan Negeri akan bertindak sebagai moderator,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Bangunan SUK, di sini.
Majlis Dialog Belanjawan 2015 akan diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 9 hingga 10 Jun dengan bertemakan ‘Mendepani Cabaran dan Peluang Ekonomi Demi Kecemerlangan Selangor’.
Majlis itu diadakan di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan orang ramai dan dijadikan panduan serta maklumat kepada Kerajaan Negeri untuk menyiapkan Belanjawan 2015.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-06-05 16:52:51 daripada Administrator

  •  
  • Print