Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB teruskan tradisi edar bubur lambuk

CHERAS, 6 JUL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tradisinya pada setiap Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa di pasaraya Tesco Extra, di sini, petang semalam.

Orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memperoleh bubur lambuk itu berpusu-pusu beratur di pintu masuk Tesco seawal jam 4.00 petang yang diedarkan sendiri oleh Abdul Khalid.

Kira-kira 2,000 bungkus bubur lambuk perisa daging dan ayam diagihkan kepada pengunjung dalam tempoh sejam setengah.

bubur lambuk mb


“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tesco yang membuat program pemberian bubur lambuk secara tahunan kepada pengunjung pasaraya ini.

“Ia adalah amalan yang sangat baik dan mengingatkan kita kepada bulan Ramadan dan merapatkan silaturrahim antara kaum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pengagihan bubur lambuk itu tidak hanya terhad kepada umat Islam sahaja, sebaliknya ia diedarkan kepada semua pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia.

Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:35:55 daripada Administrator

  •  
  • Print