Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM5.5 juta untuk 284 Sek Agama Rakyat, tingkat prasarana & pembelajaran

SHAH ALAM, 7 JULAI: Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Selangor kepada 284 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu bertujuan meningkatkan mutu pembelajaran secara holisitik.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata bantuan fasa pertama itu adalah bagi membantu sekolah berkenaan yang tidak pernah mendapat pembelaan baik semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) mahupun dari kerajaan pusat.

Dr Halimah SAR


Beliau berkata meskipun berada di negeri paling maju, namun suasana serta fasiliti di kebanyakan sekolah berkenaan sangat menyedihkan dan tidak selesa untuk kegunaan pelajar.

“Selepas melihat keadaan di sekolah berkenaan, kita bersetuju untuk memberikan sedikit bantuan supaya mereka berada dalam keadaan lebih selesa seperti sekolah-sekolah lain.

“Kita mahu suasana pengajaran dan pembelajaran di SAR dapat dilaksanakan secara holistik mengikut acuan mereka, maka sebab itu kita wujudkan bantuan ini supaya proses pembelajarannya melengkapi semua aspek,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Peruntukan Pendidikan SAR Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Halimah berkata, setakat ini sejumlah RM38.5 juta sudah diluluskan Kerajaan Negeri sejak tahun 2009 untuk diagihkan kepada SAR.

Katanya mana-mana sekolah yang berminat untuk mendapat bantuan berkenaan, boleh memohon secara talian di portal rasmi Kerajaan Selangor.

“Setiap tahun Kerajaan Negeri peruntukkan RM6 juta untuk bantuan sekolah jenis ini, bermula dari tahun 2009 lagi.

“Kita uar-uarkan borangnya di portal kerajaan Selangor selain turut memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) supaya meminta SAR memohon peruntukan ini,” katanya lagi.


Sumber  :  www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:34:17 daripada Administrator

  •  
  • Print