Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan Selangor serah sumbangan LZS, MAIS pada 645 asnaf

SABAK BERNAM, 17 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Abrar, Batu 2 Sepintas, dekat sini, semalam.


Pada masa sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilftri kepada lebih 600 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin, anak yatim dan mualaf.

 

r4


Sejumlah RM169,500 disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 339 fakir dan miskin, sementara RM153,000 diperuntukkan kepada 306 orang anak yatim dan mualaf oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Baginda serta hadirin kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan berbuka puasa bersama rakyat seterusnya menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.


Turut hadir mengiringi baginda adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa pimpinan negeri.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-08-20 11:18:02 daripada Administrator

  •  
  • Print