Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

320 topi keledar percuma sempena kempen Selamat Balik Kampung

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan meneruskan kempen Selamat Balik Kampung untuk kali keempat dengan memberi topi keledar secara percuma kepada penunggang motorsikal khususnya Shah Alam.


Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad, berkata kempen itu akan diadakan di kawasan Paya Jaras dan Sungai Buloh Seksyen U20 bermula jam 11 pagi, pada 22 Julai ini.

 

topi keledar mbsa1



Katanya, 300 unit topi keledar dewasa dan 20 unit topi keledar kanak-kanak sumbangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan SIRIM QAS internasional Sdn Bhd akan diberikan kepada orang ramai.


“Topi keledar yang disediakan menepati ciri keselamatan jalan raya yang diluluskan SIRIM,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata kempen itu diadakan bagi menggalakkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan supaya mementingkan keselamatan jalan raya terutama penunggang motorsikal.


“Selain itu, program ini juga mendidik pengguna jalan raya khususnya motosikal untuk menunggang dengan cara berhemah dan cermat sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

MBSA-Shahrin Ahmad



“Melalui kempen ini, topi keledar akan diedarkan kepada orang ramai dengan menggunakan konsep pertukaran topi keledar lama yang tidak menepati spesifikasi kepada topi keledar baru,” katanya.


Selain program berkenaan, edaran Kurma turut akan diberikan kepada penunggang motosikal yang menukar topi keledar lama kepada yang baru.

Majlis penyerahan akan disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Atan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan topi keledar percuma boleh hadir pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-08-20 11:15:08 daripada Administrator

  •  
  • Print