Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Usaha PKNS terap budaya telus & integriti perlu diikuti

SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Negeri memuji usaha murni anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menerapkan budaya telus, integriti serta bebas rasuah dalam pentadbirannya selaras dengan visi ditetapkan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau kagum terhadap penekanan tadbir urus korporat telus PKNS melalui perjanjian Ikrar Integriti Korporat (CIP) terhadap mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan badan itu.

pk2



Katanya usaha secara komprehensif itu perlu dirancang sebaik-baiknya sambil menyarankan ia perlu dilaksanakan organisasi kerajaan yang lain bagi memastikan budaya integriti dapat diterapkan secara meluas.

“Dalam menyokong usaha PKNS terhadap pelaksanaan integriti, Kerajaan Negeri juga ingin menggalakkan lebih banyak organisasi serta agensi kerajaan terutama di Selangor supaya menguatkuasakan Sistem Integriti Korporat.

“Bagi Kerajaan Negeri sendiri, kita sudah melaksanakan sistem ini di bawah Jabatan Sumber Manusia yang melaporkan secara terus kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Tahunan Integriti PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Acara tahunan itu menampilkan penceramah terbuka dari dalam dan luar negara antaranya Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Mustafar Ali.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata pelaksanaan tadbir urus yang telus akan memberi kesan baik terhadap prestasi korporat sesebuah organisasi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Katanya syarikat yang menyokong tadbir urus baik akan mendapat kelebihan daya saing sebenar, meningkatkan imej dan reputasi serta berupaya menarik serta mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti.

“Ia juga memberi kelebihan kepada nilai pulangan wang dan meningkatkan pengurusan risiko yang berkesan selain mengurangkan kos jangka panjang serta memberi daya tarikan yang lebih besar kepada institusi berkenaan dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan,” katanya lagi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-08-20 11:03:45 daripada Administrator

  •  
  • Print