Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPSJ komited jayakan pelan MPSJ Green City 2030

SUBANG JAYA, 28 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) komited menjayakan pelan jangka panjang, MPSJ Green City 2030, yang akan menukar Subang Jaya menjadi bandar rendah karbon serta persekitaran hidup yang sihat.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pelan ini dirancang berdasarkan beberapa hasil penemuan semasa lab-lab perancangan strategik MPSJ.

“MPSJ Green City 2030 adalah satu dokumen perancangan strategik yang menggabungkan input-input dan disebut sebagai Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030 dengan mengintegrasikan tiga rancangan,” kata Asmawi di Majlis Penutup Seminar Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon di One City Garden Boulevard West, di sini, hari ini.

Jelas beliau tiga perancangan iaitu Rancangan Tempatan MPSJ (P2) 2020, Pelan Starategik MPSJ 2013-2030 dan Kajian Lalu lintas dan Pengangkutan Jalan MPSJ 2013 akan diintegrasikan bagi menjayakan sasaran itu.

Menurut Asmawi lagi, MPSJ juga terpilih sebagai projek perintis ‘Sustainable Living Stakeholder Engagement Teschnology Corporation’ dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Air (KeTTHA) bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan MP Hang Tuah Jaya, Melaka.

“Selari dengan pelan tindakan ini antara program yang menyokong kepada kemahiran berkomunikasi ini adalah Majlis Dialog yang diadakan bersama Pasar FAMA, Pasar Awam Seri Kembangan, Program bersama Seri Kembangan, Community Gardening dan beberapa program lain,” kata Asmawi lagi.

Sementara itu, Seminar Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon menerima lebih 200 penyertaan dari pelbagai sektor.

Antaranya 80 syarikat pemaju perumahan, 50 perunding, kakitangan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi sekitar Selangor dan pelbagai sektor lain.

Selain seminar, MPSJ turut mengadakan pelbagai acara menarik lain yang antaranya, larian 3 kilometer, pameran buku, pertandingan muzik berasaskan instrumen kitar semula, demontrasi produk Panasonic, bengkel ‘DIY Mostwell’ dan banyak lagi.

Pembukaan seminar dua hari ini dirasmikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, manakala perasmian penutup disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh.


Kemaskini pada 2014-09-29 09:20:48 daripada Administrator

  •  
  • Print