Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri bantu lebih RM1 juta mangsa ribut Pandamaran

PANDAMARAN, 2 NOV: Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan dan sumbangan bencana kepada empat kawasan penempatan yang menjadi mangsa kejadian angin ribut yang berlaku pada 21 Oktoboer lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan sumbangan bantuan dan mengumumkan kos baik pulih kediaman kepada penduduk Kampung Pandamaran, Kampung Pandamaran Jaya, Flat Pandamaran Permai Indah dan Flat PKNS Pandamaran Jaya.

Mangsa ribut

Dalam kejadian ribut kencang itu menyaksikan 40 unit rumah di Kampung Pandamaran dan Kampung Pandamaran Jaya mengalami kerosakan manakala tiga daripada empat blok Flat Pandamaran Permai Indah (7 unit), dan Flat PKNS Pandamaran Jaya (42 unit) mengalami kerosakan bumbung.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah bersetuju untuk menaggung kos baik pulih kerosakan Flat Pandamaran Permai Indah dengan peruntukan hampir RM1.149 juta.

Kos ini termasuk kerja-kerja membaik pulih empat tangki air di blok flat berkenaan yang telah rosak dan tidak berfungsi.

“Kerajaan Selangor bersetuju untuk membaik pulih bumbung di tiga blok Flat Pandamaran Permai Indah. Walaupun mereka ada JMB, namun mereka memaklumkan tiada peruntukan kewangan untuk membaiki ketiga-tiga blok.

“Selepas dinilai LPHS, kos membaiki bumbung berkenaan RM800,000. Oleh kerana simpati kepada pemilik dan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung kos baik pulih.

“Kos untuk baik pulih tangki air yang rosak dan tidak berfungsi pula berjumlah RM349,000. Kerajaan Negeri melalui LPHS untuk menanggung tangki air tersebut,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut di Pandamaran Jaya.

Ribut

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula telah menanggung kerja-kerja membaik pulih yang telah dimulakan di Flat PKNS Pandamaran Jaya dengan kos RM80,000.

Selain itu, menerusi program Kerajaan Prohatin dibawah kendalian Exco Selangor, V Ganabatirau Kerajaan Selangor turut memberikan sumbangan saguhati melibatkan kerja membaik pulih kerangka kayu dan mengganti bumbung bagi 40 rumah Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Pandamaran Jaya mengikut tahap kerosakan.

Penduduk Flat PKNS Pandamaran Jaya dan Flat Pandamaran Permai Indah turut menerima sumbangan bencana sebanyak RM500 seorang.

“Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah membuat penilaian dan dibahagikan kepada tiga kategori.

“Sekiranya rumh mengalami rosak teruk dimana kesemua rangka bumbung rumah tercabut dan hilang, keluarga akan menerima RM2,000.

“Kerosakan sebahagian RM1,000 dan kerosakan kecil menerima RM500,” katanya lagi.

Sementara itu, Kerajaan Selangor juga telah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang bersama Lembaga Urus Air Selangor (Luas) untuk membina semula Jeti Nelayan Pandamaran, Sungai Aur yang baru dengan kos lebih RM30,000.

Majlis Perbandaran Klang juga diberikan peruntukan khas sebanyak RM73,000 untuk kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan, sampah, pemotongan dan pemotongan pohon-pohan yang tumbang dalam kejadian ribut.


Sumber:  www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-05 08:34:48 daripada Administrator

  •  
  • Print