Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan: Jangan tergesa kritik fatwa tanpa fahami keseluruhan

SHAH ALAM, 6 NOV : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru kepada semua umat Islam tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa dikeluarkan tanpa memahami sepenuhnya.

Baginda bertitah sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan mufti sahaja, tetapi ia turut dibuat melalui Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama serta profesional yang mahir dalam bidang masing-masing.

Sultan rasmi Multaqa Jenayah Syariah di dewan jubli (9)

“Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum setelah mengambil kira hukum-hukum dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.

“Sesuatu fatwa yang dibuat di Selangor ini hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta,” titah Baginda pada Majlis perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Baginda bertitah umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam, di samping mengatasi ideologi serta kepentingan politik.

Titah Baginda, sebagai agama bersifat lengkap dan menyeluruh, Islam mempunyai sifat kesederhanaan dalam semua aspek sama ada akidah, syariah mahupun akhlak bagi melayani tuntutan roh dan jasadnya.

“Sikap kesederhanaan ini yang menjadi ciri utama yang membezakan agama Islam dengan agama-agama lain.

“Seperti dijelaskan di dalam al-Quran, ternyata konsep kesederhanaan dianjurkan Islam adalah bersifat menyeluruh dan termasuk dalam apa jua aspek kehidupan seharian kita pada setiap masa dan tempat,” titah Baginda lagi.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut meningatkan umat Islam supaya memahami dan mendalami segala peraturan dan undang-undang Allah yang termaktub di dalam al-Quran.

“Ia supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” titah Baginda.

Majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Negara Brunei Darussalam, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan pimpinan Kerajaan Negeri.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-11 14:43:58 daripada Administrator

  •  
  • Print