Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor jadi pusat perdagangan antarabangsa pintu IKS ke pasaran dunia

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Selangor bakal menumpukan usaha mewujudkan pasaran antarabangsa bagi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan sekaligus menjadikan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa dalam Belanjawannya nanti.


Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, langkah ini diambil bagi memberi peluang syarikat IKS tempatan mengembangkan potensi mereka dengan mengeksport produk masing-masing ke luar negara.

pelaburan selangor

“Sekarang kita alihkan tumpuan kepada pembangunan IKS dan ingin melihat kita membantu IKS memasarkan barangan mereka berbanding memberi pinjaman sebab memberi pinjaman dilakukan Kerajaan Persekutuan dan Exco Keusahawanan Selangor.

“Saya tidak sepatutnya mengulangi usaha sama tetapi saya sepatutnya memberi perhatian kepada usaha membesarkan pasaran. Ini lebih penting.

“Kalau kita beri bantuan kewangan besar pun tetapi kalau pasaran terhad hanya pasaran tempatan membantutkan potensi kereka,” kata Chang Khim dalam wawancara eksklusif di Pejabat Exco Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.

Chang Khim yang sebelumnya membentangkan kertas kerjanya dalam mesyuarat Exco turut melahirkan keyakinan Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan lebih besar berbanding tahun sebelumnya bagi menjaya hasrat itu.

yb teng 1

“Ini dah dibawa ke Mesyuarat Exco sebagai usaha yang baru dan memerlukan suntikan modal untuk menjayakannya,” kata Chang Khim lagi.

Sementara itu ketika menyentuh portfolio pengangkutan yang juga disandang Chang Khim, beliau berkata Kerajaan Negeri turut merangka rancangan mewujudkan sistem pengangkutan awam lebih sempurna di negeri terkaya itu.

“Kita sedia maklum isu pengangkutan dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kerana di peringkat negeri kita tidak mempunyai kuasa untuk memungut cukai.

“Bagaimanapun memandangkan pertumbuhan ekonomi negeri sangat pesat dan kemampuan kewangan sedia ada untuk kita bantu Kerajaan Persekutuan bangunkan satu sistem pengangkutan awam lebih sempurna.

“Ia dilaksanakan dengan langkah pertama menyediakan bas-bas perbandaran. Ini masih dalam perbincangan,” kata beliau lagi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-14 11:15:13 daripada Administrator

  •  
  • Print