Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: RM5.5 juta atasi banjir di Kajang, projek mula segera

KAJANG, 12 DIS: Masalah banjir yang kerap berlaku di bandar Kajang dijangka dapat diselesaikan berikutan keputusan Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM5.5 juta hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meninjau sendiri salah satu lokasi yang sering terlibat dengan kejadian banjir di Pasar Kajang.

kajang banjir

“Kita melihat tapak lokasi punca sebahagian masalah banjir Kajang bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan selepas mendengar taklimat diberikan kita mengambil keputusan bersetuju menerima cadangan JPS menaik taraf sungai di kawasan itu.

“Ini melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta dan saya sudah beritahu kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meluluskan peruntukan yang dipohon JPS.

“Tender akan bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan pada awal 2015 iaitu hanya beberapa minggu sahaja lagi,” kata Mohamed Azmin selepas beliau mengadakan tinjauan di lokasi terbabit.

Beliau menjangkakan kerja menaiktaraf akan dimulakan seawal Mac 2015 nanti sebaik selesai proses tender dijalankan.

Tambah Mohamed Azmin, kerja menaiktaraf itu melibatkan kerja melebarkan sungai dari lapan meter ke 12 meter selepas beberapa gerai yang dibina di atas tanah rizab sungai dipindahkan ke sebuah tanah rizab Kerajaan Negeri.

Kata Mohamed Azmin, sementara itu kerja penambahbaikan juga sudah dimulakan dengan mendirikan tembok penahan banjir di hadapan Pasar Kajang dan mendalamkan sungai bagi mengurangkan kesan bencana alam itu.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-12-12 16:34:18 daripada Administrator

  •  
  • Print