Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

52 Pembeli rumah projek terbengkalai lega terima bayaran semula RM5.6 juta

SHAH ALAM, 17 DIS: Pembeli rumah Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah yang terbengkalai sejak 2005, kini mampu menarik nafas lega apabila mereka menerima wang saguhati daripada Kerajaan Negeri bernilai RM5.6 juta.

Seorang pembeli, Kala Devi A/P Thanjappan, 54, berkata beliau akan menggunakan wang saguhati itu untuk melunaskan pinjaman perumahan yang dibuatnya sebelum ini sekaligus membersihkan namanya yang telah disenarai hitam pihak bank.

kala devi  thanjappan

“Malang menimpa-nimpa, sudahlah rumah tidak siap, bank pula senarai hitam. Kehidupan dan urusan saya terjejas selama ini.

“Dengan wang saguhati ini dapat saya melunaskan pinjaman. Terima kasih kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati kepada Pembeli Projek Perumahan Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah di Hotel De Palma di sini.

Sekurang-kurangnya 52 pembeli projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian menerima wang saguhati dari Kerajaan Negeri bernilai RM5.6 juta.

Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif membangunkan semula projek terbengkalai tersebut dengan memberi tanggungjawab kepada Perbandanan kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan semula projek di tapak berkenaan.

Projek yang melibatkan 138 unit rumah merangkumi unit banglo, zero lot banglo, semi D, town house dan Rumah Mampu Milik Selangorku itu akan dimajukan oleh anak syarikat milik penuh PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC) dengan usahasama Sympony Life Berhad.

rajasegar aji

Sementara itu, Rajasegar A/L Aji, 39, berkata beliau terpaksa menyewa rumah lebih enam tahun ekoran kekangan kewangan setelah menggunakan semua simpanannya untuk membayar wang pendahuluan rumah tersebut.

“11 tahun saya menanti benda yang tidak pasti, dalam tempoh itu, enam tahun saya terpaksa menyewa rumah sementara mempunyai simpanan untuk membeli rumah yang lain.

“Saya yakin, Kerajaan Negeri bukan sahaja prihatin dalam soal ini. Malah dalam banyak hal yang lain, Kerajaan Negeri banyak menjaga kebajikan rakyat,” katanya yang kini telah memiliki kediaman sendiri di Putra Height, Subang Jaya.

Bagi Zulkifli Md Yusuf, 59, beliau berhasrat untuk menyimpan wang saguhati tersebut untuk kegunaan masa hadapan memandangkan beliau telah bersara.

zulkifli md yusuf

“Pemaju swasta bagi projek perumahan yang saya beli itu memang tidak bertanggungjawab. Nasib baik Kerajaan Negeri sudi membantu memberi wang saguhati kepada kami.

“Buat masa ini, saya tiada perancang lain melainkan menyimpan wang itu,” katanya yang kini mempunyai kediaman sendiri di Johan Setia.

Sebelum ini, Projek Taman Bukit Impian dimajukan oleh pemaju swasta pada 2003 dan kemudiannya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberhentikan keseluruhan aktiviti projek pada 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pemaju.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-12-18 08:36:28 daripada Administrator

  •  
  • Print