Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS: RM500 juta disasar diagih bantu asnaf

SHAH ALAM 16 DIS: RM500 juta disasarkan untuk diagihkan Lembaga Zakat Selangor sehingga akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, berkata sebanyak RM492 juta wang zakat itu diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini tahun ini hingga November.

Lembaga-Zakat-Selangor

“Kami yakin, berdasarkan pengalaman, di akhir tahun jumlah kutipan zakat akan meningkat.

“Ini membolehkan LZS menyalurkan lebih banyak agihan wang zakat kepada golongan asnaf,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Pengagihan Zakat di sini, lapor Mstar Online.

Turut menerima agihan zakat itu ialah 291 orang anak fakir dan miskin yang melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor.

Pada majlis itu, LZS menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah kira-kira RM1.2 juta dari 29 buah syarikat antaranya Sirim QAS International Bhd dan AmIslamic Bank Bhd.

LZS juga menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah kira-kira RM2.4 juta termasuk van jenazah kepada 10 masjid.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-12-18 08:38:00 daripada Administrator

  •  
  • Print