Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

600 pelajar DUN Sijangkang terima bantuan persekolahan 2015

KUALA LANGAT, 1 JAN: 600 pelajar menerima bantuan beg dan peralatan persekolahan dalam program ‘Back to School’ anjuran Pejabat Khidmat Adun Sijangkang menjelang pembukaan sesi persekolahan 2015.

Program itu disempurnakan Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, yang mana Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM2 juta untuk program ‘Back to School’.

Program penyampaian barangan sekolah oleh YB Yunus Hairi di Telok Panglima Garang (2)

Ahmad Yunus berkata, bantuan itu akan sampaikan melalui sekolah dan kampung berdasarkan senarai penerima yang dikenalpasti memerlukan.

“Saya berharap, pemberian ini dapat membantu ibu bapa dari kalangan kurang berkemampuan, selain memberi dorongan kepada pelajar,” katanya ketika berucap di Dewan Komuniti Taman Datuk Hormat, Teluk Panglima Garang, di sini, hari ini.

Selain itu, 300 pelajar peringkat rendah dan menengah di DUN itu juga ditawarkan kupon gunting rambut percuma yang boleh ditebus di dua kedai gunting rambut terpilih.

Program penyampaian barangan sekolah oleh YB Yunus Hairi di Telok Panglima Garang (8)

“Program ini sejajar dengan mesej Belanjawan 2015 yang dibentangkan November lalu, belanjawan yang peduli rakyat.

“Walaupun tidak seberapa, ia membantu mengurangkan bebanan kos persiapan pembukaan sekolah yang hari ini semakin menekan,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:16:27 daripada Administrator

  •  
  • Print