Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Red Giants siap sedia tonjol kehebatan Liga Super 2015

SHAH ALAM 10 JAN: Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic tetap menganggap ia satu permulaan pra-musim baik buat pasukan kendaliannya itu meskipun skuad Red Giants gagal melangkah ke final mahupun perlawanan penentuan tempat ketiga pada kejohanan pra-musim Piala Walikota Padang 2015.

Selepas tewas 1-0 kepada Persiba Balikpapan pada perlawanan sulung Kumpulan B, petang Isnin lalu, Selangor berjaya mengikat tuan rumah, Semen Padang 2-2 pada perlawanan kedua di Stadium H. Agus Salim.

Red GiantsNamun pada penentuan sepakan penalti untuk menentukan naib juara kumpulan selepas Persiba Balikpapan lebih awal layak ke final menerusi dua kemenangan ke atas Selangor 1-0 dan Semen Padang 1-0, Selangor akhirnya tewas 4-3 apabila sepakan terakhir Nazmi Faiz Mansor melewati palang gol Semen Padang.

“Ini merupakan dua perlawanan pertama kami dalam persiapan pra-musim menjelang saingan Liga Super 2015 yang akan membuka tirai pada 7 Februari depan.

“Jadi saya menganggap ia satu pengalaman yang cukup baik menerusi dua perlawanan bertemu Persiba Balikpapan dan Semen Padang ini. Saya dapat melihat bagaimana cara permainan setiap pemain terutama muka-muka baharu.

“Selain itu, sejak kami tiba di sini, Jumaat lalu, kami lebih mengenali antara satu sama lain di dalam pasukan, dalam dan luar padang. Ikatan perpaduan dan kekeluargaan dalam pasukan semakin baik.

“Saya juga cukup tertarik dengan persembahan beberapa pemain muda yang diberi peluang beraksi. Ia satu kejohanan pra-musim yang baik,” kata Durakovic dipetik FASelangor.my.

Pada aksi pertama bertemu Persiba Balikpapan, Durakovic mempertaruhkan penjaga gol Hamsani Ahmad, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Robert Cornthwaite, Shahrom Kalam, Azmi Muslim, Abdul Hadi Yahya, Saiful Ridzuwan Selamat, S Veenod, Ahmad Hazwan Bakri, Leandro Dos Santos dan Guilherme De Paula.

Azrif, Cornthwaite, Saiful, Leandro dan De Paula merupakan muka baharu musim ini.

Selepas sepakan penalti gagal disudahkan Abdul Hadi pada minit ke-18, Persiba Balikpapan berjaya memperolehi gol kemenangan menerusi sepakan penalti kontroversi yang disudahkan I Made Wirahadi pada minit ke-87.

Seterusnya pada perlawanan kedua bertemu Semen Padang, Durakovic hanya mengekalkan Shahrom, selebihnya 10 pemain berbeza dalam kesebelasan utama terdiri daripada penjaga gol Norazlan Razali, Shazlan Alias, Rizal Fahmi Rosid, K Thanaraj, Andik Vermansah, Nazmi Faiz Mansor, Raimi Md Nor, Fittri Shazwan Raduwan, A Thamil Arasu, Afiq Azmi.

Muka baharu terdiri daripada Norazlan dan Thanaraj manakala Raimi kembali selepas setengah musim bersama Felda United.

Selangor masih mampu mempamerkan persembahan baik biarpun dengan hanya bergantung kepada barisan pemain tempatan di posisi depan apabila Leandro dan De Paula direhatkan Durakovic.

Dua kali ketinggalan, Thamil dan Afiq masing-masing menunjukkan ketajaman menjaringkan gol menerusi tandukan untuk menghasilkan keputusan seri 2-2 sebelum tewas penentuan sepakan penalti.

Berbaki kira-kira empat minggu sebelum aksi sulung Liga Super 2015, Durakovic membayangkan Selangor bakal mengadakan tiga atau empat lagi aksi persahabatan untuk menguji keserasian dan kekuatan pasukan.

Selepas pulang ke tanah air, saya akan beri rehat dua atau tiga hari kepada para pemain. Kemudian kami akan kembali menjalani latihan di Shah Alam dan bertolak ke Pulau Pinang untuk bertemu skuad Liga Perdana Pulau Pinang pada 16 Januari ini.

Kemudian mungkin saya akan aturkan dua atau tiga lagi aksi persahabatan sebelum kami berasa bersedia sepenuhnya untuk aksi sulung Liga Super 2015,” tambah Durakovic.


Kemaskini pada 2015-01-13 11:03:25 daripada Administrator

  •  
  • Print