Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS sasar kutipan zakat 2015 RM615 juta

SHAH ALAM, 9 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan menerima kutipan zakat sebanyak RM581,120,473 pada 2014 dengan agihan sebanyak RM595,114,121.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata LZS meletakkan sasaran kutipan dan agihan zakat sebanyak RM615 juta pada tahun ini.

LZS

Katanya ia mengambil kira faktor kesedaran mengeluarkan zakat semakin meningkat di kalangan masyarakat.

“Pelbagai kemudahan disediakan LZS di daerah, pencarian Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) serta kewujudan portal agensi itu memudahkan golongan asnaf fakir dan miskin dikenal pasti,” katanya dalam sidang media di pejabat LZS, di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan kemudahan pendaftaran di LZS daerah juga punca golongan asnaf fakir dan miskin dapat dikesan dengan lebih cepat.

Seramai 13,613 keluarga asnaf fakir dan 30,048 keluarga asnaf miskin dicatatkan menerima bantuan pada tahun lalu berbanding 10,179 dan 20,771 pada 2013.

“LZS meneruskan program pencarian fakir dan miskin dikenali Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) diperkenalkan pada 2011.

“Sebanyak 33 siri SJK dilaksanakan di seluruh Selangor pada tahun lalu di mana seramai 830 keluarga ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin,” katanya.

Pada tahun lalu, seramai 221 penerima bantuan zakat modal perniagaan berjaya keluar dari kategori asnaf manakala 1,240 keluarga penerima zakat turut keluarga dari kategori itu menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu Haddul Kifayah.

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:51:07 daripada Administrator

  •  
  • Print